DUN Negeri Sembilan dibubar dalam masa terdekat?
SEREMBAN – Pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH Negeri Sembilan difahamkan hadir di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan di sini pagi tadi, dipercayai bagi membincangkan mengenai pembubaran DUN.
Difahamkan, Ahli Dewan Undangan Negeri PH bersama beberapa pemimpin parti mula tiba di lokasi berkenaan seawal 9.30 pagi.
Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah, bagaimanapun memaklumkan, tiada sidang media akan diadakan susulan mesyuarat terbabit.
“Setakat pagi ini belum ada panggilan sidang media. Esok MB (Menteri Besar) akan mengadap Tuanku (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir) dan sesi menghadap baginda adalah kelaziman MB sebelum mengadakan mesyuarat mingguan EXCO,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








