BERITA SEMASAKEMENTERIAN PERTAHANAN

TDM anjur Army Run 2026, sasar penyertaan 6,000 peserta

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) melancarkan acara larian Army Run 2026 bersempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke-93 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mei depan bertempat di Dataran Wawasan, Putrajaya.

Majlis pelancaran disempurnakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Azhan Md Othman di Foyer Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

army
Antara cenderamata yang disediakan untuk peserta termasuk t-shirt dan medal.

Menurut TDM, penganjuran program itu merupakan inisiatif strategik dalam mempromosikan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan antara warga tentera dan masyarakat awam.

“Acara mensasarkan penyertaan seramai 6,000 peserta, melibatkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agensi kerajaan dan orang awam.

“Sehingga kini, kira-kira 5,000 peserta telah mendaftar dan jumlah itu dijangka meningkat sebelum tarikh tutup pada 7 Mei,” menurut kenyataan TDM hari ini.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu 5 kilometer (km) Army Fun Run, 10km Army Race dan 21km Army Half Marathon.

army
Azhan bergambar dengan sebahagian peserta yang telah mendaftar untuk Army Run 2026.

Laluan larian turut mendapat pengiktirafan World Athletics, sekali gus membolehkan catatan masa direkod di peringkat antarabangsa.

Yuran penyertaan ditetapkan antara RM68 hingga RM98, termasuk medal penamat, nombor bib, sijil penyertaan serta baju rasmi.

Selain itu, peserta berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM80,000 di samping pelbagai aktiviti sampingan yang akan diadakan sepanjang program berlangsung.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button