Trump umum gencatan senjata 10 hari Israel, Lubnan
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan Israel dan Lubnan telah mencapai persetujuan untuk melaksanakan gencatan senjata selama 10 hari sebagai langkah awal ke arah keamanan antara kedua-dua negara.
Menurut Trump, persetujuan itu dicapai hasil perbincangan bersama Presiden Lubnan, Joseph Aoun dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Katanya, gencatan senjata tersebut dijadual bermula pada jam 5 petang waktu tempatan.
“Pertemuan antara Israel dan Lubnan telah berlangsung di Washington, yang pertama dalam tempoh 34 tahun dengan penglibatan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menambah, Naib Presiden JD Vance bersama Rubio serta Pengerusi Ketua Turus Bersama, Dan “Razin” Caine, telah diarahkan untuk bekerjasama rapat dengan kedua-dua negara bagi memastikan usaha mencapai keamanan berkekalan dapat direalisasikan.
Dalam kenyataan sama, Trump menyifatkan inisiatif tersebut sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk meredakan konflik antarabangsa, sambil mendakwa telah memainkan peranan dalam menyelesaikan beberapa konflik sebelum ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








