Pempengaruh Sam Lim selamat nikahi Parisa Ardina
KUALA LUMPUR – Pempengaruh media sosial, Sam Lim atau lebih dikenali sebagai Sultan Cina selamat diijabkabul dengan pasangannya, Parisa Ardina yang juga seorang pelakon, hari ini.
Difahamkan, majlis akad nikah itu berlangsung di Masjid Tenaga Nasional Berhad (TNB) Bangsar, di sini.
“Ya nikah di Masjid TNB,” ujarnya ringkas melalui kiriman mesej, memetik laporan mStar.
Terdahulu, Sam Lim mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto memakai busana perkahwinan dengan Parisa Ardina yang juga seorang pempengaruh di Instagram.
Menerusi video yang dimuat naik di media sosial, pasangan itu tampil menggayakan baju berona putih dengan Sam Lim mengucup dahi Parisa sebaik mereka sah bergelar suami isteri.
Dalam satu video berasingan, salah seorang rakan Sam Lim bertanya, mengapa mereka berada di masjid tersebut.
“Kitorang dah kahwin,” sambut pasangan tersebut sambil menunjukkan cincin perkahwinan mereka.
Hantaran tersebut mendapat reaksi positif dari netizen dan turut dihujani komen yang baik-baik.
“Alhamdulillah, tahniah Sam Lim,” tulis @UkuranBesi.
“Yang ni takde viral-viral, tahu-tahu dah nikah,” komen @pokokpishang pula.
“Tahniah Sam Lim. Bertuahnya seperti bayi yang baru lahir,” kata @SuSukaShare.
Untuk rekod, Sam Lim mempunyai kira-kira 4.1 juta pengikut di TikTok.
Beliau terkenal sebagai TikToker dengan video interaksi bersama orang awam di jalanan yang melibatkan pemberian duit atau hadiah secara rawak.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



