Berita SemasaPolitik

Tidak nungkin UMNO bekerjasama dengan PAS selagi dipimpin Abdul Hadi – Presiden UMNO

KUALA LUMPUR – Setelah mengambil iktibar daripada pengalaman lalu, UMNO tidak mungkin menjalinkan kerjasama dengan PAS selagi parti itu dipimpin oleh Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang, demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, pengalaman beberapa kali dikhianati oleh parti komponen Perikatan Nasional (PN) itu menyedarkan beliau bahawa PAS bukanlah rakan kongsi yang boleh dipercayai.

“PAS ini asyik membohong dari dulu sampai sekarang. Saya adalah saksi hidup yang mengalaminya, berbincang empat mata dengan Abdul Hadi tetapi bila di depan kita dia setuju, kemudian esok lusa dia akan tukar tidak setuju.

“Janganlah percaya (Abdul Hadi) selagi dia jadi Presiden. Jangan harap UMNO akan berkerjasama dengan parti yang menunggang Islam,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ahmad Zahid berkata demikian pada Persidangan Perwakilan UMNO Kuala Kangsar 2024 di Dewan Jubli Perak, yang turut dihadiri Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki;Timbalan Pengerusi Umno Perak Azian Osman dan Ketua Uumno Kuala Kangsar Maslin Sham Razman.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan keikhlasan rakan-rakan Pakatan Harapan (PH), sama ada dalam kerajaan mahupun gerak kerja politik yang dapat dilihat menerusi kerjasama dalam beberapa PRK.

Beliau memberi contoh, ketika Kerajaan Perpaduan dibentuk di Perak, PH mahu menteri besar dipilih dalam kalangan pemimpin BN, walaupun gabungan itu hanya mempunyai sembilan kerusi DUN.

Perkara sama turut berlaku di Pahang, apabila PH sedia menerima menteri besar daripada BN, tambahnya.

Show More

Related Articles

Back to top button