Politik

UMNO perlu aktifkan ‘war room’ – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – UMNO perlu mengaktifkan ‘war-room’ atau bilik perang di enam kawasan Parlimen yang dijangka akan berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK), demikian saranan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata, Barisan Nasional (BN) bersedia untuk meletakan calon di keenam-enam kawasan Parlimen tersebut.

“UMNO secara proaktif perlu membuat persiapan. Saya selaku Ketua Sekteriat ‘War Room’ saya telah mencadangan bilik perang di enam Parlimen tersebut diaktifkan,” katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 CLAB di sini hari ini.

Sebagai rekod, enam Ahli Parlimen Bersatu yang secara terbuka menyokong Perdana Menteri ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid; Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman; Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim; Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik; Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan pindaan Perkara 10 Perlembagaan Bersatu akan membolehkan enam Ahli Parlimen mereka yang bertindak menyokong Perdana Menteri mengosongkan kerusi masing-masing.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon di enam kawasan Parlimen yang ketika ini disandang Ahli Parlimen Bersatu itu.

Ditanya adakah UMNO akan menyokong enam ahli Parlimen dari Bersatu yang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri jika berlakunya PRK, Ahmad Maslan menegaskan, kerusi tersebut adalah milik UMNO dan BN.

“Kerusi itu kerusi UMNO mereka bukan Ahli Parlimen UMNO,” tegasnya.

Show More

Related Articles

Back to top button