Politik

Ismail minta Zahid dedah surat JPPM

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, meminta bukti surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) yang mengatakan UMNO tidak melakukan kesalahan kerana tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi dalam pemlihan akan parti akan datang.

Katanya, surat berkenaan perlu ditunjukkan secara terbuka oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana terdapat dua laporan berita berbeza mengenai hasil siasatan JPPM itu.

“Minta dia (Ahmad Zahid) tunjuk surat JPPM itu, elok juga kalau boleh tunjukkan (surat) sebab ada dua laporan media berbeza.

“Satu kata JPPM tolak tapi tak sampai satu hari kata dah luluskan pula. Semua orang keliru,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Ditanya mengenai laporan media yang berbeza tersebut, Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera, walaubagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci berhubung media apa yang melaporkan JPPM menolak usul dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 itu.

Malam tadi, Ahmad Zahid memaklumkan JPPM memutuskan UMNO tidak melakukan sebarang kesalahan dengan meluluskan usul tambahan pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti.

“Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menerima surat bertarikh 3 Mac yang memaklumkan keputusan menteri dalam negeri berhubung usul itu,” katanya dalam satu sidang media.

Show More

Related Articles

Back to top button