Berita Semasa

Lelaki terkejut, dakwa terdapat kalimah Allah pada tapak kasut dibelinya

KUALA LUMPUR – Belum reda isu stoking kalimah Allah, kini seorang lelaki mendakwa kasut yang dibelinya memaparkan logo seakan kalimah Allah.

Pengguna Facebook, Mohd Haridz yang membeli sepasang kasut buat isterinya terkejut selepas mendapati terdapat seakan perkataan Allah pada tapak kasut berkenaan.

“Ini berita yang membuat kita (umat Islam) marah, pada 30 Mac lalu saya ada beli kasut untuk Aidilfitri, (ada sebut nama kedai) di Kuantan Parade.

“Isteri saya minat dengan sepasang kasut, kasut ini lepas beli tidak pernah buka dan letak dalam bilik, hari ini saya terdetik hati nak buka tapi bila semak, nampak ada (dakwaan) kalimah Allah pada tapak kasut,” katanya dalam satu hantaran.

Sementara itu, video berdurasi tiga minit itu kini tular di aplikasi X, Facebook dan Tiktok dengan lebih setengah juta tontonan. 

Tambah Mohd Haridz, dia turut mendakwa kalimah Allah pada tapak kasut itu jelas dan tidak menyangka perbuatan tersebut dilakukan oleh pembuat kasut berkenaan.

“Esok sana nak pergi ke kedai tersebut dan tanya apa motif mereka,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button