Politik

140 Ketua Bahagian UMNO mahu dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 140 Ketua Bahagian UMNO sebulat suara bersetuju supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Ketetapan itu dimaklumkan oleh Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Seri Dr Mohd Shafie Abdullah, dalam satu sidang akhbar di Menara Datuk Onn, malam tadi.

“Jadi kita nak Presiden menerima pandangan kita sebab kita dah lalui mesyuarat Majlis Tertinggi yang tidak membenarkan dan membincangkan fasa pemilihan parti walaupun ada yang berpandangan ia patut dibincangkan tetapi ianya tidak.

“Jadi pada saya, Ketua-Ketua Bahagian ini mewakili grassroot (akar umbi) yang mempimpin Bahagian selama beberapa tahun dan mereka ini mewakili Presiden,” katanya kepada media.

Dalam masa yang sama, beliau juga berharap supaya Presiden boleh mengambil usul yang disuarakan oleh 140 Ketua Bahagian tersebut bertujuan untuk terus bersatu dan berjuang bersama-sama demi mengukuhkan parti.

Show More

Related Articles

Back to top button