Politik

PRN: UMNO berisiko hilang kerusi jika masih harap kawasan majoriti Melayu – Noh Omar

SHAH ALAM – UMNO berisiko untuk hilang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor walaupun bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), jika terus mengharapkan kawasan majoriti pengundi Melayu.

Menurut Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar, walaupun UMNO dan BN berpeluang menjadi kerajaan dengan kerjasama itu, apa yang menjadi kebimbangan besar adalah berapa jumlah kerusi yang akan dimenangi parti keramat itu.

“Pada pandangan peribadi saya, bila bekerjasama dengan PH ini, memang UMNO atau BN berpeluang jadi kerajaan. Tetapi berapa banyak kerusi UMNO boleh menang? Kalau menang dua, tiga kerusi, pada akhirnya kita akan menjadi melukut di tepi gantang.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Sinar Live bertajuk Dipecat “UMNO: Lawan atau Move On?”, hari ini.

Tambah Noh yang juga bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, beliau juga bimbang kubu kuat yang dahulunya menjadi milik UMNO mungkin akan berubah tangan selepas parti itu berkerjasama dengan DAP.

“Bila UMNO bersama DAP, saya bimbang dengan semangat Mat Kilau masih membara lagi, silap hari bulan, yang dulunya kawasan majoriti Melayu yang menjadi kubu kuat UMNO selama ini, mungkin akan berubah,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button