Berita Semasa

Piala Asia: Iraq kejutkan Jepun 2-1

QATAR – Jaguh bola sepak Asia, Jepun dikejutkan Iraq dengan keputusan 2-1 dalam aksi kedua Kumpulan D di Stadium Arrayan sebentar tadi.

Iraq yang bermula garang mengejutkan pasukan Samurai Biru itu dengan gol awal pada minit ke-4 menerusi jaringan Aymen Hussein.

Aymen sekali lagi mengejutkan Jepun dengan jaringan pada minit ke-45 sebelum tamat separuh masa pertama.

Tersentak dengan dua jaringan itu, Jepun cuba bangkit, namun pelbagai serangan yang dilakukan menemui jalan buntu.

Pada minit ke-93, Jepun berjaya mendapat jaringan menerusi Endo untuk merapatkan jurang jaringan.

Namun begitu serangan bertali arus Jepun pada masa tambahan gagal diterjemahkan dengan jaringan.

Sebaliknya Iraq berjaya bertahan dengan baik untuk menundukkan jaguh Asia itu.

Iraq selepas ini dijadualkan bertemu Vietnam manakala Jepun bertemu Indonesia.

 

Show More

Related Articles

Back to top button