Berita Semasa

Dakwaan PaDU digodam tidak benar

CYBERJAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menolak dakwaan forum Lowyat.net bahawa Pangkalan Data Pusat (PaDU) mengalami kebocoarn maklumat akibat digodam adalah tidak benar.

Sebaliknya, kata Rafizi, data yang digodam merupakan unit dengan nama yang sama dibawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Terima kasih Lowyat.net kerana tidak menyemak fakta terlebih dulu.

“Sekurang-kurangnya anda patut hubungi @paduofficial_ untuk pengesahan,” kata Rafizi dalam satu hantaran di akaun X miliknya semalam.

Terdahulu, forum tersebut melaporkan penggodam dikenali R00TK1T mendakwa berjaya mencuri data daripada ‘Padu’ dan menceroboh infrastruktur keselamatan LPPKN.

Penggodam turut mendakwa, berjaya mencuri data sebanyak 27GB daripada pelayan tersebut.

Lowyat.net kemudian menjelaskan bahawa ‘Padu’ yang dikatakan digodam R00TK1T merujuk kepada Unit Pengurusan dan Penyampaian Perkhidmatan LPPKN.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu FMT, pihaknya sedang menyiasat dakwaan R00TK1T.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button