Jenayah & MahkamahBerita Semasa

Warga Nepal culik kanak-kanak kerana terlalu rindukan anak

KUALA LUMPUR – Lelaki warga Nepal yang menculik seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Kampung Bunga Raya, Kuang baru-baru ini dikatakan bertindak demikian kerana terlalu rindukan anaknya.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, soal siasat mendapati suspek mengalami tekanan jiwa kerana terlalu rindukan anaknya di kampung halaman.

“Motif tindakan suspek setakat ini adalah kerana dia rindukan dua anaknya yang menyamai usia anak pengadu kes berkenaan.

“Kerana terlalu rindukan anaknya, dia bersikap kurang siuman.

“Suspek mendakwa kali terakhir bertemu dengan anaknya pada Aidilfitri yang lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hafiz berkata, suspek akan dirujuk ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sungai Buloh untuk menjalani pemeriksaan mental..

Minggu lalu, tular di media sosial video menunjukkan seorang lelaki ditangkap dan diikat orang ramai kerana disyaki cuba menculik seorang kanak-kanak.

Suspek berada di negara ini dengan pasport dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button