Jenayah & Mahkamah

Remaja acu pisau pada pemandu e-hailing dibebas dengan jaminan polis

SUNGAI PETANI – Remaja lelaki yang direman semalam susulan disyaki mengacu pisau di dada kiri pemandu kenderaan e-hailing di tepi jalan Taman Keladi di sini, dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dahulu sebelum tindakan lanjut diambil.

Semalam media melaporkan, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis kerana mengacu pisau terhadap pemandu berusia 65 tahun hanya kerana tidak berpuas hati dimaki ketika mengambil semula wang tambang.

Bagaimanapun, pemandu e-hailing terbabit sempat merampas pisau serta menggigit tangan remaja berkenaan untuk mempertahankan diri sebelum suspek melarikan diri.

Remaja itu kemudian berjaya ditahan polis pada pukul 10 malam iaitu selepas dua jam warga emas itu membuat laporan polis dan suspek direman satu hari untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Show More

Related Articles

Back to top button