Remaja 14 tahun ditemui lemas dalam tasik
JOHOR BAHRU – Remaja lelaki ditemukan lemas di dalam tasik dekat loji berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Permai, Jalan Denai 12, Kempas di sini, semalam.
Mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemukan pada pukul 7.35 malam selepas lebih sejam operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Mohd Yazid Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6 petang semalam.
Beliau berkata, seramai sembilan anggota bomba kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan di tempat kejadian, didapati seorang mangsa lemas di dalam sebuah tasik.
“Mangsa ditemukan 7.35 malam,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan
Katanya, operasi ditamatkan pada 8.10 malam.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune