Berita Semasa

Penggunaan setem hasil ditamatkan mulai 1 Januari 2024

CYBERJAYA – Penggunaan setem pelekat (setem hasil) dan mesin franking pos bagi pengguna luar seluruh Malaysia sebagai kaedah penyeteman ke atas dokumen atau perjanjian akan ditamatkan mulai 1 Januari 2024.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pembayar duti perlu untuk menghabiskan setem hasil mereka untuk urusan penyeteman perjanjian sehingga 31 Disember ini.

“Setem hasil yang tidak digunakan, tidak boleh dituntut atau diganti dengan wang tunai.

“Sehubungan itu, permohonan dan pembayaran duti setem boleh dilakukan secara dalam talian melalui portal Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem (STAMPS) di pautan https://stamps.hasil.gov.my tanpa perlu hadir ke kaunter,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya, pendaftaran ID Pengguna STAMP boleh dibuat bagi individu warganegara dan penduduk tetap yang mempunyai fail cukai.

Katanya, ia boleh dilakukan melalui portal STAMPS.

Sementara itu katanya, bagi permohonan fail cukai individu, ia boleh dilakukan di dalam e-Daftar di pautan https://edaftar.hasil.gov.my

Show More

Related Articles

Back to top button