Berita Semasa

Program Memfail Borang Nyata sudah boleh diakses di portal LHDN

CYBERJAYA – Para pembayar cukai bagi 2023 boleh merujuk Program Memfail Borang Nyata (BN) Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang telah dimuat naik di portal rasmi agensi tersebut mulai hari ini.

LHDN memaklumkan, pembayar cukai dan majikan digalakkan menggunakan kemudahan e-Filing bagi pengemukaan BN yang akan menjadi medium pengemukaan borang sepenuhnya pada masa hadapan.

Bagi ejen cukai pula, mereka digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan e-Filing Ejen Cukai (TaeF) bagi pengemukaan BN.

“Bagi memudahkan dan menjimatkan masa pekerja mengemukakan BN melalui e-Filing, majikan digalakkan untuk mengemukakan data saraan pekerja pada 2022 melalui aplikasi e-Data Praisi/e-CP8D.

“Data saraan yang diterima akan digunakan bagi tujuan praisi e-borang pekerja (e-BE / e-B / e-BT / e-M / e-MT tahun taksiran 2022),” kata LHDN dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan tersebut turut memberitahu, pengemukaan data saraan pekerja bagi 2022 boleh dilakukan melalui portal MyTax bermula hari ini hingga 25 Feb.

Majikan boleh merujuk kepada format terkini susun atur maklumat e-Data Pra-isi/e-CP8D bagi tahun saraan 2022 yang dilampirkan bersama-sama program memfail BN 2023 bagi tujuan penyediaan data saraan pekerja, menurut LHDN.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button