Bisnes & Ekonomi

Virtualtech Frontier lancar platform Mitoworld, kaedah baharu terokai dunia perniagaan digital

KUALA LUMPUR – Pemasaran digital kini telah berubah menjadi lebih menarik dan kreatif dengan adanya platform seperti Mitoworld untuk menarik bakal pelanggan alaf baru.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Virtualtech Frontier (VTF), Jason Low, Mitoworld adalah satu plafrom yang direka khusus untuk membantu perniagaan mencipta metaverse mereka sendiri tanpa memerlukan pengekodan yang kompleks atau pelaburan kewangan yang banyak.

“Bagi perniagaan dan usahawan, metaverse adalah peluang untuk mencipta sesuatu yang benar-benar dapat merevolusikan industri sedia ada.

“Ini adalah peluang untuk mencipta pasaran baharu, mengembangkan pangkalan pelanggan anda dan mengubah keseluruhan pandangan tentang cara pelanggan akan berinteraksi dengan anda.

“Kami memerlukan sokongan dan kepintaran anda. Kami memerlukan perniagaan untuk bersatu,” katanya dalam ucapan beliau.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Mitowolrd di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Art Centre (PJPAC) di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, VTF menyasarkan jenama di peringkat global dengan memanfaatkan pasaran yang semakin berkembang melalui saluran perhubungan kreatif yang boleh diakses di seluruh dunia.

Tambahnya lagi, kerajaan juga boleh mendapat pelbagai manfaat hasil daripada penghasilan platform Mitoworld yang dilihat boleh membantu meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Bagi kerajaan, metaverse adalah peluang untuk memimpin dunia dalam inovasi, untuk mencipta pekerjaan, dan untuk meningkatkan kehidupan rakyat kita.

“Kami memerlukan dasar yang menggalakkan pelaburan dan menyediakan rangka kerja pertumbuhan yang menyokong untuk metaverse berkembang maju.

“Kita perlu menjadikan metaverse sebagai keutamaan, dan kita perlu melabur untuk masa depan negara kita,” katanya lagi.

Yang hadir sama, CEO Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Mahadhir Aziz.

Menurut Mahadhir, pihak MDEC mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dengan pihak luar dalam menyembangkan industri perniagaan digital terutamanya di Malaysia.

“Platform ini saya percaya telah membuka ruang untuk kita mendapat jalan penyelesaian baharu dalam menyelesaikan masalah bukan sahaja secara virtual tetapi secara fizikal,” jelasnya.

Show More

Related Articles

Back to top button