
Sistem LHDN alami gangguan perkhidmatan selama 2 hari bermula 10 malam ini
CYBERJAYA – Capaian sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuk semua jenis e-perkhidmatan percukaian melalui aplikasi MyTax dan mobile akan mengalami gangguan perkhidmatan bermula pukul 10 malam ini sehingga pukul 6 pagi Ahad ini.
Menurut LHDN dalam satu kenyataan, turut mengalami gangguan perkhidmatan ialah Kaunter LHDN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada esok.
Katanya, gangguan itu berikutan kerja-kerja menaiktaraf komponen elektrikal bagi menambahbaik mutu serta kualiti perkhidmatan percukaian dalam talian.
“LHDN amat memahami masalah yang mungkin timbul sekali gus ingin memohon maaf kepada pembayar cukai atas sebarang kesulitan yang terpaksa dihadapi berikutan pengumuman gangguan perkhidmatan ini.
“Sokongan dan kesabaran para pembayar cukai bagi membolehkan LHDN melaksanakan aktiviti penyenggaraan ini yang dijangka memberi nilai tambah kepada perkhidmatan percukaian amat dihargai. WalaUbagaimanapun, para pembayar cukai masih boleh mendapatkan maklumat percukaian melalui Portal Rasmi LHDN melalui pautan https://www.hasil.gov.my/,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune