Penajaan bantu Yaya Empire Perfume tingkat kredibiliti
KUALA LUMPUR – Meskipun memerlukan sokongan kewangan yang agak ‘kasar’, strategi pemasaran melalui penajaan sentiasa menjadi serampang dua mata bagi Yaya Empire Perfume dalam usaha mengukuhkan jenamanya.
Pengasas Yaya Empire Perfume, Nadia Mat Isa berkata, kaedah penajaan dapat memberikan pendedahan sesuatu jenama kepada khalayak yang lebih luas, terutama apabila melibatkan acara atau organisasi dengan jumlah ‘pengikut’ yang besar.
Namun katanya, masih ramai usahawan yang tidak memandang keberkesanan melalui cara penajaan kerana mahukan jaminan pulangan keuntungan (ROI) atas ‘modal’ yang dikeluarkan dengan segera.
“Saya tidak hanya melihat pada keuntungan dalam bentuk ‘sales’ selepas strategi ini tetapi kesannya dalam mencipta emosi dan hubungan pelanggan dengan produk saya.
“Melalui penajaan juga kita boleh memilih kumpulan sasaran tertentu, mewujudkan kesedaran jenama sekaligus menjadikan jenama ini lebih akrab dan dipercayai,” katanya melalui kenyataan sempena penganjuran Fantastic Food Festival di Alor Setar baru-baru ini.
Festival tajaan Yaya Empire Perfume yang menghimpunkan ribuan pengunjung, pengusaha dan usahawan makanan itu mendapat sambutan hangat dari seluruh negara.
Nadia berkata, selain acara itu, pihaknya turut terlibat dalam penajaan Festival Bossku Mega Expo dan banyak lagi.
“Ini adalah penajaan kami kali ketiga untuk acara anjuran Kak Nab. Kami kagum dengan semangat usahawan wanita yang berjaya menaiktaraf peniaga jalanan menjadi usahawan berjaya,” katanya.
Tambahya, selepas melihat sendiri keberkesanan kaedah penajaan acara, pihaknya tidak begitu berkira untuk memberi tajaan kepada pihak penganjur.
Inisiatif dan penglibatan itu penting untuk memberi pendedahan kepada usahawan untuk meningkatkan tahap perniagaan misalnya melalui pembungkusan yang lebih cantik, sistem jualan, promosi dan sebagainya.
“Ia juga selari dengan misi Yaya Empire yang mahu melahirkan usahawan dalam kalangan suri rumah untuk menjana pendapatan sekaligus menanpung keperluan isi rumah,” katanya.
Mengulas mengenai Yaya Empire Perfume, Nadia berkata, pihaknya kini mempunyai 1,500 usahawan yang hampir kesemuanya terdiri daripada wanita dan suri rumah.
Katanya, melalui perancangan perniagaan selama lima tahun, beliau berhasrat untuk melihat produknya berada di landasan yang betul dan menjana .
Bahkan katanya, ada di antara usahawan itu yang sudah menjana pendapatan mencecah tujuh angka sebulan selepas berkecimpung dalam jualan minyak wangi bermodalkan RM80 sahaja.
“Kami sedia terbuka untuk membimbing usahawan-usahawan baharu asalkan mereka rajin dan ada usaha serta kesungguhan,” katanya.