Zakir Naik umum derma wang saman fitnah RM1.52 juta kepada tabung Palestin
KUALA LUMPUR – Pendakwah popular, Zakir Naik bercadang mendermakan RM1.52 juta daripada denda ganti rugi fitnah yang perlu dibayar oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy kepada tabung Palestin.
Zakir Naik berkata, bayaran denda itu akan disalurkan sepenuhnya kepada tabung kemanusiaan Palestin sebagai ikhtiar untuk menolong umat Islam di bumi bergolak itu.
“Saya akan mendermakan semua wang denda ganti rugi seperti mana diputuskan mahkamah untuk derma kepada Palestin.
“Semoga usaha tidak seberapa ini diterima oleh Allah,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Beliau pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi Malaysia di atas keputusan yang memihak kepadanya.
Mahkamah sivil pada Khamis lalu memerintahkan Ramasamy membayar denda ganti rugi kepada Zakir Naik.
Ramasamy selaku defendan perlu membayar ganti rugi am sebanyak RM200,000 untuk setiap penyata fitnah (jumlah RM1 juta), ganti rugi teladan RM50,000 setiap satu penyata (RM250,000), ganti rugi teruk RM20,000 setiap penyata (RM100,000) dengan kos sebanyak RM70,000.
Susulan keputusan mahkamah itu, Ramasamy telah melancarkan kempen mengumpul dana untuk membantunya membayar Zakir.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








