Wartawan terkenal, Karam Singh Walia meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Bekas wartawan penyiaran TV3, Datuk Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi tadi.
Memetik laporan Bernama, berita duka itu disahkan oleh adik mendiang, Jasbant Singh, yang juga Pengarang Urusan Kumpulan (GME), Berita dan Hal Ehwal Semasa di Media Prima Berhad.
Sepanjang kerjayanya sebagai wartawan, mendiang dikenali sebagai antara wartawan alam sekitar paling berpengaruh di negara ini, menerusi laporan-laporan khas yang berani serta berimpak tinggi, khususnya dalam mengetengahkan isu pencemaran, keselamatan awam dan kelestarian alam sekitar.
Sepanjang kerjayanya, Karam Singh menjadi antara wajah paling dikenali dalam dunia penyiaran negara menerusi laporan di TV3, dengan gaya penyampaian tersendiri yang tegas, berautoriti dan mudah diingati penonton.
Beliau juga sering dianggap sebagai pelopor kewartawanan alam sekitar di Malaysia, dengan pendekatan laporan lapangan yang mendalam serta berani mengetengahkan isu-isu yang memberi kesan langsung kepada rakyat.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |















