Tindakan ‘haramkan’ mengundi calon PH mengarut – Anwar
JOHOR BAHRU – Tindakan pembangkang berkempen sehingga meletakkan hukum haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Sabtu ini adalah keterlaluan dan perlu dihentikan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, perkara karut sedemikian perlu dihentikan.
“Saya nak tanya yang sibuk nak halang kita (PH), nak halang Suhaizan (calon PH bagi PRK Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat) menang, nak halang (majoriti) dua per tiga kerajaan, buat apa?
“Ini jadi masalah. Macam disebut tadi, undi orang ini haram… ini apa, kamu siapa?
“Ini saudara kita ‘must put a stop to this nonsense’ (mesti hentikan perkara karut ini). Tak boleh lagi ada begini,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani, di Taman Uda Utama, malam tadi.
Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu; dan Suhaizan.
Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa haram hukumnya mengundi calon PH, Suhaizan Kayat, pada PRK Parlimen Pulai kali ini.
Beliau didakwa berkata demikian ketika berceramah pada program Ceramah Perdana PN di Kempas, Sabtu lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















