BERITA SEMASA

Tengku Zafrul beri bayangan akan terus berkhidmat dalam kerajaan

KUALA LUMPUR – Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, memberi bayangan akan terus berkhidmat dalam kerajaan susulan tempoh jawatan senator yang disandangnya akan berakhir esok.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada pucuk pimpinan negara.

“Nampaknya saya diberi peluang untuk terus berkhidmat. Dalam kapasiti apa, saya juga masih menunggu,” katanya selepas majlis pelancaran kereta elektrik (EV) pertama Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), QV-E ibu negara, hari ini.

Baca juga : Tiada rombakan Kabinet, hanya isi kekosongan – Anwar

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memaklumkan mengenai kemungkinan peranan baharu Tengku Zafrul yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau turut memaklumkan, beberapa kekosongan akan diisi dalam masa terdekat susulan jawatan yang ditinggalkan oleh menteri sebelum ini.

Sementara itu, Tengku Zafrul merakamkan penghargaan kepada Menteri MITI, Ketua Setiausaha serta seluruh warga kementerian atas sokongan sepanjang tempoh tiga tahun beliau menerajui MITI.

“Esok adalah hari terakhir saya di MITI. Saya amat menghargai amanah dan kerjasama yang diberikan. Sudah tentu ada rasa sedih untuk meninggalkan kementerian, namun saya yakin pasukan MITI berada dalam landasan kukuh untuk terus memacu sektor pelaburan dan perindustrian negara,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button