JENAYAH & MAHKAMAH

Syamsul enggan cerai

Puteri Sarah buat dakwaan pernah dipukul

KUALA LUMPUR – Pengarah serta pelakon terkenal, Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah ketika prosiding sebutan kes di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Pengakuan tersebut dilakukan oleh Mohd Syamsul Md Yusof, 39, di hadapan Hakim Syarie, Akmalludin Ilyas.

Syamsul selaku defendan diwakili peguam Peguam syarie, Rushdan Sujak manakala Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, selaku plaintif diwakili Peguam Syarie Datuk Akberdin Abdul Kader.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dalam permohonan cerai itu.

Dalam pada itu, Puteri Sarah ketika ditemui selepas prosiding mendedahkan, dia pernah dipukul suaminya, Syamsul Yusof.

“Saya tak mahu buka cerita mengenai kejadian itu. Akan tetapi Syamsul tidak mahu melepaskan saya,” kata Puteri Sarah.

Susulan itu, dia yang terpaksa mengemukan bukti baharu kepada mahkamah kerana mendakwa dirinya pernah dipukul.

Menurut Puteri Sarah, dia bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan polis selepas kejadian tersebut kerana ketika itu masih lagi wujud rasa cinta terhadap suaminya.

Tambahnya lagi, ibu mentuanya iaitu Datin Patimah Ismail adala individu yang menyelamatkannya dengan membawa dirinya keluar dari rumah.

“Masa itu tak buat sebab sayang, bila orang kata saya buka aib ketika itu, saya tak nak buat apa-apa tindakan atau buat laporan polis. Sebab saya tak mahu buka aib, malah tiada siapa yang tahu mengenai perkara itu.

“Yang selamatkan saya ketika itu ialah ibu mentua saya. Dia yang keluarkan saya daripada rumah pada tiga tahun lalu. Malah Syamsul pun tahu kenapa,” jelasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button