BERITA SEMASA

SPAN laksana Pasport Keselamatan Air untuk pekerja industri perkhidmatan air menjelang 2026

CYBERJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan melaksanakan Pasport Keselamatan Air bagi semua pekerja dalam industri perkhidmatan air menjelang awal tahun 2026.

SPAN dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu adalah bagi menekankan pematuhan prosedur keselamatan dan kesedaran risiko dalam kalangan pekerja yang terlibat dalam industri berkenaan.

Program akan dilaksanakan secara berperingkat bermula bulan depan dengan pembangunan modul latihan dan pelaksanaan projek rintis dijadualkan pada hujung tahun ini.

“Setiap peserta yang terdiri daripada pekerja dalam industri perkhidmatan air akan dianugerahkan Pasport Keselamatan Air selepas menamatkan latihan, sebagai bukti kelayakan keselamatan asas yang diiktiraf oleh SPAN dan NIOSH (Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara),” kata kenyataan itu, hari ini.

Menurut SPAN, inisiatif itu akan turut menjadi penanda aras kepada usaha bersama dalam meningkatkan kesedaran serta pengetahuan keselamatan dalam kalangan pekerja industri perkhidmatan air di Malaysia.

Related Articles

“Dengan pelaksanaan program ini, SPAN yakin piawaian keselamatan pekerjaan dalam industri air akan dipertingkatkan, sekali gus menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan air yang lebih selamat, cekap dan berdaya tahan,” kata kenyataan itu lagi.

Majlis pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama itu telah berlangsung semasa Sidang Kemuncak Pekerja Keselamatan dan Kesihatan ASEAN 2025, yang dianjurkan oleh NIOSH di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, kelmarin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button