Permit haji selaras maqasid syariah – Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais
CYBERJAYA – Semua bakal jemaah haji diingatkan mendapatkan permit dan mematuhi peraturan pihak berkuasa Arab Saudi bagi menjamin keselamatan jemaah serta mengelakkan kemudaratan dan kekecohan.
Agensi Berita Saudi (SPA) yang memetik kenyataan Ketua Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais sebagai berkata, prinsip “tiada haji tanpa permit” berkenaan juga selaras dengan selaras dengan maqasid syariah yang menitikberatkan pemeliharaan nyawa serta pencegahan kemudaratan.
Jelas beliau, langkah berkenaan turut bertujuan menjaga keselamatan “dhuyufurrahman” (tetamu Allah), selain membolehkan mereka menunaikan ibadah dalam suasana aman dan tenteram.
“Pematuhan terhadap peraturan dan arahan mencerminkan kesedaran jemaah serta pengagungan terhadap syiar Allah, selain menggambarkan semangat disiplin yang dituntut syarak,” katanya.
Beliau menegaskan, pematuhan terhadap permit haji bukan sekadar prosedur pentadbiran, malah menjadi tanggungjawab syarie dan agama yang mencerminkan kefahaman terhadap maqasid syariah serta mengukuhkan nilai ketaatan dan disiplin demi menjayakan musim haji.
Pelanggaran terhadap peraturan berkenaan boleh memudaratkan diri sendiri dan orang lain yang jelas ditegah oleh syariah Islam.
Sudais turut menasihatkan bakal jemaah haji supaya bekerjasama dan mematuhi arahan pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan kelancaran ibadah serta penyediaan perkhidmatan terbaik kepada tetamu Allah.
Katanya, langkah itu penting bagi memudahkan pelaksanaan ibadah mengikut piawaian pengurusan dan penjagaan tertinggi sepanjang musim haji akan datang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








