SUKAN

Olimpik Paris: Terima kasih atas segalanya – Nicol David kepada Azizulhasni

KUALA LUMPUR – Bekas jaguh skuasy dunia, Datuk Nicol Ann David menyeru rakyat Malaysia agar memberikan sokongan penuh terhadap Datuk Azizulhasni Awang, yang dibatalkan penyertaannya dalam pusingan pertama acara keirin.

Nicol David berkata, orang ramai tidak perlu untuk menyalahkan Azizulhasni, sebaliknya beliau meminta agar rakyat Malaysia mengirimkan tanda positif kepada bintang berbasikal trek negara itu.

“Dalam masa 20 tahun, atlet berusia 36 tahun itu, sudah membanggakan Malaysia di persada dunia dengan pelbagai pencapaian tatkala turut berharap untuk memenangi pingat emas pertama negara dengan menghadapi pelbagai rintangan yang mengancam keselamatannya sebelum ini.

“Aksi Olimpik adalah segala-galanya buat Azizul, dia telah berusaha untuk merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia.

“Terima kasih atas perjuangan kamu dan berharap kamu akan sentiasa mengingati atas apa yang sudah dilakukan untuk Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.

Azizulhasni atau lebih dikenali dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman, dibatalkan penyertaan selepas dikatakan memotong terlalu awal sebelum derny keluar sepenuhnya daripada trek perlumbaan, malam tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button