Insiden tembakan Bangkok: Suspek ada masalah mental
Dakwa dengar bisikan arah lakukan serangan
BANGKOK – Suspek utama insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di bandar ini yang menyebabkan dua orang maut dan lima cedera semalam, mempunyai sejarah penyakit mental.
Menurut Ketua Polis Negara, Torsak Sukvimol, suspek yang merupakan pelajar berusia 14 tahun, kini dalam tahanan, tetapi berada dalam keadaan terlalu keliru untuk menjalani soal siasat.
“Dia adalah pesakit mental di Hospital Rajavithi dan belum mengambil ubatnya.
“Suspek beritahu macam ada orang suruh dia ‘pergi tembak orang’. Itulah yang kami dapat hasil soal siasat awal dengannya,” kata Torsak.
Rakaman video menunjukkan seorang remaja lelaki berambut panjang memakai baju hitam, cermin mata dan topi dengan motif bendera Amerika Syarikat (AS), ditahan polis.
Pengarah Pusat Kecemasan Erawan, Yuthana Srettanan memberitahu pemberita bahawa semua mangsa yang ditembak, kecuali seorang, adalah wanita.

Sementara itu, sebuah sekolah swasta, The Essence, yang terletak beberapa meter dari Siam Paragon mengesahkan suspek merupakan salah seorang daripada pelajarnya.
Pihak sekolah mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai menghormati privasi keluarga remaja lelaki berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








