
Hina PM: Seorang kakitangan RHB diberhentikan serta-merta
KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan syarikat perbankan kumpulan RHB yang tular selepas satu hantarannya di media sosial disifatkan sebagai menghina Perdana Menteri telah diberhentikan.
Menurut RHB dalam satu kenyataan, keputusan itu diambil selepas siasatan dalaman berkaitan isu tular di media sosial melibatkan kakitangannya itu telah selesai dijalankan.
Dalam satu kenyataan, RHB menjelaskan bahawa individu berkenaan tidak lagi bekerja dengan RHB berkuat kuasa hari ini.
“Di RHB, kami komited untuk menegakkan standard profesionalisme, integriti dan rasa hormat yang tertinggi dalam setiap interaksi kami. Kami juga mengekalkan dasar toleransi sifar terhadap sebarang kelakuan yang melanggar Kod Etika dan Tatakelakuan syarikat,” menurut kenyataan itu.

RHB turut menegaskan bahawa pihaknya akan terus memastikan semua warga kerja mematuhi nilai teras syarikat bagi memelihara reputasi dan kepercayaan pelanggan terhadap kumpulan perbankan tersebut.
Semalam tular apabila seorang pemilik akaun Facebook bernama Siti Nurziswanis, memohon maaf atas satu posting yang telah dikongsikannya baru-baru ini di akaun Facebook peribadinya.
Dakwanya, hantaran tersebut melibatkan repost gambar Perdana Menteri daripada akaun ‘putsz’.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |



