HIBURAN

Datuk Red kembali bergelar suami, nikahi wanita pilihan dalam majlis tertutup

KUALA LUMPUR – Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Red selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan hatinya, Rohanita dalam satu majlis tertutup dipercayai di ibu negara, hari ini.

Usahawan merangkap pempengaruh dengan nama sebenarnya Adnan Abu, 46, dilaporkan menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dalam majlis tersebut dan dilihat mengenakan busana serba putih yang sedondon dengan isterinya, Rohanita, 35.

Perkara itu turut dikongsi Datuk Red menerusi satu hantaran di TikTok apabila memuat naik video memaparkan dirinya bersama Rohanita dalam keadaan berpegangan tangan, sekali gus mengesahkan perkahwinan mereka.

Dalam kapsyen hantaran tersebut, beliau meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan seorang wanita yang memahami serta menerima kekurangannya.

“Dia tahu susahku, kekuranganku dan kebencian orang terhadapku, tapi dia memilih untuk tidak pergi.

“Terima kasih isteriku menerima lelaki yang gagal segala-galanya,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna media sosial mengucapkan tahniah dan mendoakan agar perkahwinan tersebut berkekalan.

Untuk rekod, Datuk Red sebelum ini pernah berkahwin dengan Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim dan bercerai pada 13 Mei 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor.

Beliau juga pernah berkahwin dengan Adira Suhaimi di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua, sebelum pasangan itu bercerai pada penghujung April 2024.

Hasil perkahwinan bersama Adira, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button