Bapa Zayn Rayyan rayu bantuan RM65,000 tampung kos perbicaraan Mahkamah Tinggi
KUALA LUMPUR – Bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, Zaim Ikhwan Zahari merayu bantuan orang ramai bagi menampung kos perbicaraan beliau dan isterinya di Mahkamah Tinggi yang disifatkan semakin membebankan.
Menurut Zaim, sejak kes pertuduhan bermula di Mahkamah Sesyen, mereka telah membelanjakan kira-kira RM200,000 bagi menampung kos guaman serta urusan berkaitan mahkamah.
Katanya, bagi peringkat Mahkamah Tinggi pula, mereka memerlukan tambahan sekitar RM65,000 untuk meneruskan proses perbicaraan.
“Saya dengan rendah hati memohon jasa baik saudara-mara, rakan-rakan dan orang ramai untuk membantu saya dan isteri, Ismanira Abdul Manaf dalam menampung kos perbicaraan ini.
“Perbelanjaan mahkamah sangat tinggi dan di luar kemampuan kami,” katanya menerusi kenyataan di Instagram.
BACA JUGA:
Ibu Zayn Rayyan gagal rayuan, Ismanira kekal di penjara
Beliau turut berharap sumbangan orang ramai dapat membantu keluarga mereka mendapatkan keadilan termasuk buat Allahyarham anaknya.
Pada 6 Disember 2023, Zayn Rayyan ditemukan meninggal dunia di anak sungai berhampiran Pangsapuri Idaman, Damansara Damai kira-kira pukul 10 malam selepas dilaporkan hilang.
Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Pada 23 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan Ismanira untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya atas kesalahan mengabaikan anaknya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








