BERITA SEMASADALAM NEGERI

AKeMedia 2025 kembali: Penghargaan buat pengamal media, penyertaan kini dibuka

PUTRAJAYA – Anugerah Kecemerlangan Media (AKeMedia) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) 2025 kembali untuk edisi ketiganya tahun ini.

Ia merupakan platform pengiktirafan kepada peranan penting pengamal media dalam menyampaikan maklumat sahih, tepat dan berkesan kepada masyarakat.

KPKT dalam satu kenyataan berkata, penganjuran AKeMedia 2025 bertujuan menghargai sumbangan berterusan media dalam memperkukuh kesedaran rakyat terhadap dasar, program dan inisiatif kementerian melalui pelbagai medium penyampaian.

Sebanyak lapan kategori dipertandingkan tahun ini iaitu Anugerah Khas Menteri, Anugerah Penyiaran Televisyen Terbaik, Anugerah Video Portal/Dalam Talian Terbaik, Anugerah Penyiaran Radio Terbaik, Anugerah Penerbitan Artikel Terbaik dan Anugerah Kewartawanan Foto Terbaik.

Selain itu, Anugerah Content Media Sosial Terbaik dan Anugerah Influencer Terbaik turut dilaksanakan bagi memberi peluang kepada para pempengaruh mendapat penghargaan.

“Karya yang dipertandingkan mestilah berkaitan dengan skop peranan dan tanggungjawab KPKT termasuk aspek perumahan, pihak berkuasa tempatan (PBT), pasukan Wira Merah, kemampanan dan perancangan bandar, bandar pintar, pengurusan sisa pepejal dan kitar semula, kredit komuniti serta peranan jabatan dan agensi di bawah kementerian,” kata kenyataan tersebut.

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkhidmat sebagai wartawan/pengamal media yang bekerja sepenuh masa, stringer dan wartawan sambilan.

Bagi kategori Anugerah Influencer Terbaik, penyertaan juga terbuka kepada orang awam, penjawat awam, pekerja swasta, ahli pakar dan mana-mana yang berkaitan.

Pencalonan adalah untuk karya-karya yang diterbit atau disiarkan mulai 1 September 2024 sehingga 31 Ogos 2025.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 5 September 2025, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

KPKT menyeru semua pengamal media dan pencipta kandungan untuk merebut peluang yang ada sebagai ruang mengiktiraf karya bermutu yang menyumbang kepada pembangunan negara, khususnya dalam konteks perkhidmatan awam dan kesejahteraan rakyat.

“Apa tunggu lagi? Hantar penyertaan anda segera dan berpeluang meraih pengiktirafan tertinggi dalam industri!”

Untuk maklumat lanjut, layari https://mpi.my/award/akemedia-kpkt.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button