[VIDEO] Video monyet diikat tangan undang kemarahan ramai
KUALA LUMPUR – Tindakan kejam individu tidak bertanggungjawab mengikat kedua-dua tangan seekor monyet ke belakang mencetuskan kemarahan orang ramai selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.
Video tersebut dipercayai dimuat naik di akaun TikTok sebelum dikongsikan semula oleh seorang wanita dikenali sebagai @shimaaris menerusi akaun Instagram miliknya sekali gus mencetuskan reaksi meluas pengguna media sosial.
Ini tak lawak. Sesiapa tahu maklumat lokasi monyet ini? Kami sudah mesej pemilik akaun TikTok itu tetapi tiada balasan,” katanya menerusi kapsyen perkongsian berkenaan.
Melalui video tersebut, monyet itu kelihatan melompat di atas tong sampah sebelum memanjat pokok dan turun semula ke kawasan parkir termasuk melompat ke atas sebuah kenderaan, meskipun pergerakannya terbatas akibat tangan yang diikat.
Difahamkan, kejadian itu dirakam di sebuah kawasan perumahan, namun lokasi sebenar masih belum dikenal pasti setakat ini.
Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa marah dan sedih terhadap nasib haiwan itu, selain berharap individu yang melakukan perbuatan tersebut dikenakan tindakan tegas.
“Allahuakbar. Janganlah aniaya dia,” komen @i_am_chanteq.
Seorang lagi pengguna turut mempersoalkan sikap tidak berperikemanusiaan segelintir individu.
“Ya Allah, kenapa lah makin ramai manusia dah hilang kewarasan? Otak dah tercicir kat lantai ke? Tak habis-habis nak abuse. Ni anak monyet dan naluri nak cari sedikit makanan untuk tenaganya, bukan banyak pun,” kata @faiesz.
Sementara itu, pengguna @istmeeraaa turut menyuarakan rasa simpati terhadap haiwan berkenaan.
“Jahatnya manusia. Walaupun orang kata monyet perosak, tapi ia tak ada akal. Sampai hati buat macam itu. Kucing pun bingung tengok,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

