AGAMABERITA SEMASA

Kerajaan Persekutuan salur RM80.7 juta sumbangan kepada rakyat Terengganu

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Persekutuan menyalurkan sumbangan berjumlah RM80.7 juta kepada rakyat Terengganu sebagai komitmen berterusan terhadap kebajikan umat Islam di negeri itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar berkata, sumbangan tersebut dipersembahkan kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dalam satu majlis di Istana Syarqiyyah, hari ini.

Zakat Tabung Haji 2024 bernilai RM7.8 juta disumbangkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM72.7 juta diperuntukkan kepada imam, bilal, guru KAFA dan guru takmir, manakala RM250,000 disalurkan sebagai bantuan kepada mangsa banjir di Terengganu melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

“Selain itu, zakat Tabung Haji berjumlah RM7.8 juta turut diagihkan kepada MAIDAM bagi tujuan kebajikan umat Islam di negeri ini,” katanya melalui hantaran di media sosial.

Menurut Mohd Naim, peruntukan tersebut mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan golongan yang terlibat secara langsung dalam pembangunan syiar Islam serta masyarakat yang memerlukan.

“Semoga segala usaha ini diberkati Allah SWT dan menjadi asbab kebaikan buat umat serta negara,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button