LUAR NEGARA

Petani hilang ditemukan maut dalam perut ular sawa

BUTON SELATAN, Sulawesi Tenggara – Seorang petani yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemukan maut dalam perut seekor ular sawa, semalam.

Laporan detiknews menyebut, petani dikenali sebagai La Noti, 61, hilang selepas ke kebunnya bagi memberi makan haiwan ternakan, petang kelmarin.

“Mangsa sebelum itu memberitahu keluarga bahawa dia ingin ke kebun, namun tidak pulang-pulang,” kata Ketua Polis Sektor (Kapolsek) Batauga, AKP Masud Gunawan.

Susulan kehilangan itu, keluarga mangsa bersama penduduk terus melancarkan pencarian sejak petang Jumaat hingga semalam.

Ketika dalam pencarian, penduduk kampung menemukan seekor ular sawa yang kelihatan luar biasa besar lalu menangkapnya.

Apabila perut ular itu dibelah, mereka menemukan jasada La Noti di dalamnya dalam keadaan tidak bernyawa.

“Setelah dibelah, didapati benar bahawa mangsa sudah meninggal dunia,” tambah Masud.

Jasad mangsa kemudiannya dibawa pulang ke rumah keluarga untuk urusan pengebumian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button