Mahkamah Tinggi perintah Bar Council bayar ganti rugi kepada Muhammad Shafee
KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Majlis Peguam (Bar Council) membayar ganti rugi sebanyak RM340,000 kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana melanggar kewajipan statutori berkaitan tindakan badan itu selepas kes Liwat 2, hari ini.
Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membuat keputusan tersebut selepas Mahkamah Persekutuan pada tahun 2021 memutuskan Bar Council bertindak secara tidak sah apabila membenarkan dan menerbitkan usul mengecam Muhammad Shafee sebelum merujuk perkara itu kepada Lembaga Disiplin.
Mahkamah menganugerahkan RM200,000 bagi kerosakan reputasi, RM100,000 bagi kehilangan peluang profesional, RM20,000 bagi tekanan mental dan kesan terhadap kesihatan, serta RM20,000 sebagai ganti rugi teruk (aggravated damages).
Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, yang merupakan peguam ketika itu, mengemukakan usul tersebut yang disokong oleh bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri VC George pada Februari 2015.
Thomas mengemukakan usul itu susulan jelajah awam oleh Muhammad Shafee yang membincangkan sabitan kes liwat II melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








