BERITA SEMASA

Cuaca panas: Pakaian sukan dibenarkan ke sekolah

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kebenaran khas kepada murid, guru, dan anggota staf untuk memakai pakaian sukan yang bersesuaian di setiap institusi masing-masing susulan cuaca panas sekarang.

Menurut Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD), dan semua institusi bawah KPM diminta untuk mengambil langkah-langkah pencegahan, termasuk menangguhkan aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas.

Pada masa sama, mereka juga perlu memantau aktiviti yang boleh mengakibatkan murid terdedah kepada kepanasan melampau.

“Kementerian prihatin terhadap penjagaan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, guru dan seluruh warga institusi pendidikan semasa menghadapi cuaca panas ataupun sebarang keadaan cuaca di luar jangka,” kata KPM dalam kenyataannya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, institusi pendidikan perlu memastikan bekalan air minuman mencukupi dan menggalakkan murid membawa air minuman sendiri, terutamanya bagi mereka yang tidak berpuasa atau bukan beragama Islam.

“Apabila keadaan kritikal dan tiada bekalan lain, institusi perlu menyediakan air minuman kepada murid asrama,” ujarnya lagi.

Sementara itu katanya, murid juga digalakkan untuk minum air dalam jumlah yang mencukupi untuk mengelakkan dari kenaikan suhu badan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menganggarkan cuaca panas akan berterusan sehingga pertengahan April berikutan kurangnya awan yang boleh membawa hujan dan fenomena Ekuinoks.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button