Berita SemasaHiburan

Syamsul mahu susun jadual bermalam, Puteri Sarah kekal mahu bercerai

KUALA LUMPUR – Proses rundingan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung antara Pengarah Filem, Syamsul Yusof dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini hari ini, berakhir dengan jalan buntu.

Sesi perdamaian yang diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 7 Mac lalu itu gagal mencari penyelesaian apabila Puteri Sarah kekal dengan keputusan untuk bercerai.

Menerusi sesi yang berlangsung selama dua jam, Puteri Sarah yang diwakili adiknya, Dr Puteri Sofea nekad dengan keputusan untuk bercerai dan menyerahkan perkara itu pada sesi sebutan kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 10 April ini.

Sementara itu, Puteri Sarah menafikan ketetapannya untuk bercerai bertujuan untuk menuntut harta sepencarian bersama pengarah filem Mat Kilau itu.

Beliau sebaliknya memberi lebih keutamaan soal menuntut hak penjagaan anak-anak.

“Saya tidak menuntut harta pun sebaliknya saya menuntut hak penjagaan anak semata-mata. Jadi, anda boleh tahu apakah keutamaan dan nombor satu dalam hidup saya ketika ini.

Dalam pada itu, Syamsul,39, masih mengharapkan rumahtangga mereka dapat diselamatkan dan kecewa kerana tidak dapat bertentang mata dengan isterinya pada sesi yang diadakan secara berasingan itu.

‘Mudah-mudahan ada jalan penyelesaian, doakan yang terbaik’. Saya mahu Sarah menerima poligami ini. Saya mahu berbincang mengenai giliran untuk bermalam bersama isteri-isteri. Kalau dia tidak mahu, saya tetap ingin berbincang.

“Itu yang saya mahu tetapi kita tengok macam mana dan harap Sarah boleh berbincang secara baik dengan saya,” katanya dalam satu video yang dimuat naik portal berita hiburan tempatan.

Syamsul tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) jam 9.35 pada Jumaat bagi sesi perbincangan dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menerusi Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Show More

Related Articles

Back to top button