BERITA SEMASA

Serangan di Sekolah: JPN Sarawak salur sokongan psikososial kepada murid, guru

KUCHING – Sokongan psikososial akan diberikan kepada murid dan guru sebuah sekolah swasta di sini susulan insiden serangan membabitkan seorang pelajar hingga mencederakan seorang guru.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memaklumkan, pihaknya telah berhubung dengan institusi berkenaan bagi tujuan tersebut.

“Kami memandang serius kejadian itu yang kini dalam siasatan polis, manakala pihak sekolah akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, JPN Sarawak menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi,menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau berkongsi kandungan yang boleh menjejaskan privasi serta kebajikan individu terlibat.

Terdahulu, Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, DCP Saifullizan Ishak mengesahkan, pihaknya menahan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun berhubung kejadian berkenaan.

Suspek kini ditempatkan di wad psikiatri Hospital Umum Sarawak bagi tindakan lanjut.

Menurut beliau, pelajar berkenaan menggunakan kapak dan membawa mercun ketika kejadian, sebelum menyerang mangsa hingga cedera.

Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta mendapatkan bukti berkaitan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button