Pegawai kanan RTM didenda RM10,000, penjara enam bulan kerana rasuah
SHAH ALAM – Ketua Penolong Pengarah Radio Televisyen Malaysia (RTM), Suhaila Md Zaini, 47, didenda RM10,000 dan dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM28,000 pada 2019.
Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan di akhir kes pembelaan.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara enam bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan ke Mahkamah Tinggi, dengan wang jaminan dinaikkan kepada RM10,000.
Dalam penghakimannya, Mohd Nasir berkata, pembelaan Suhaila bahawa dia meminjam RM10,000 daripada seorang individu disifatkan sebagai pembelaan yang difikirkan kemudian atau ‘afterthought’.
Katanya, pembayaran semula wang berkenaan hanya dibuat selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijalankan pada Oktober 2019.
āCara pembayaran wang dengan menggunakan akaun pihak ketiga menunjukkan bahawa tertuduh cuba menyembunyikan kesalahan tersebut,ā katanya.
Mohd Nasir turut menolak pembelaan bahawa RM18,000 yang diterima tertuduh digunakan untuk membiayai perbelanjaan dan pembayaran program RTM.
Sebaliknya, hakim berkata, resit yang dikemukakan tertuduh menyokong kes pendakwaan apabila menunjukkan beliau mempunyai wang tunai yang banyak untuk membuat pembayaran kepada pembekal program RTM.
āIni secara tidak langsung mengesahkan bahawa tertuduh sememangnya mempunyai wang tunai berjumlah RM18,000 seperti dalam pertuduhan dan kemudiannya menggunakan wang tersebut,ā katanya memetik laporan Kosmo! Online.
Mohd Nasir turut berkata, tiada keterangan menunjukkan wang tunai RM18,000 itu dibayar melalui saluran rasmi RTM.
Sebaliknya, wang berkenaan diterima secara peribadi melalui individu yang mengendalikan program RTM menggunakan akaun syarikat produksi RTM.
Mengikut pertuduhan, Suhaila yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah di Unit Bicarawara, Seksyen Ehwal Semasa RTM didakwa menerima bayaran RM10,000 daripada sebuah syarikat serta RM18,000 daripada seorang individu tanpa balasan yang diketahui mempunyai kaitan dengan tugas rasminya sebagai Penerbit Rancangan RTM.
Kesalahan itu didakwa berlaku antara 17 April hingga 9 Julai 2019.
Suhaila didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asmaaā Zamri, manakala tertuduh diwakili peguam Shahidah Muslimah Roslan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








