JENAYAH & MAHKAMAH

Wanita parah dibakar hidup-hidup, Ahli Parlimen Kepong tawar ganjaran RM5,000 bantu kesan suspek

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menawarkan ganjaran RM5,000 kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat sahih sehingga membawa kepada penahanan suspek dalam kejadian seorang wanita disimbah petrol sebelum dibakar di Taman Pusat Kepong, semalam.

Beliau berkata, kejadian berkenaan amat mengejutkan dan mengecam tindakan kejam terhadap mangsa yang mengalami kecederaan serius selepas dibakar.

“Tindakan menyimbah petrol ke atas seorang wanita sebelum membakarnya adalah satu perbuatan yang amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Individu yang bertanggungjawab mesti dikenal pasti, ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan untuk menerima hukuman setimpal mengikut undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, ganjaran RM5,000 itu ditawarkan bagi membantu pihak polis mendapatkan maklumat yang boleh membawa secara langsung kepada penahanan suspek.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Amri Firdaus Jusoh di talian 010-9198209, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di 03-40482222 atau balai polis berhampiran dengan segera.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak cuba mendekati atau berdepan sendiri dengan suspek, sebaliknya menyerahkan sebarang maklumat kepada pihak polis bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan selamat dan lancar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button