Sidang Kemuncak Xiaohongshu perkasa PKS teroka pasaran China
KUALA LUMPUR – Lebih 300 usahawan tempatan, penggiat industri pelancongan dan wakil perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menyertai siri sesi perkongsian Sidang Kemuncak Pertumbuhan Perniagaan Cina Xiaohongshu Malaysia yang diadakan di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka.
Program itu bertujuan meneroka peluang memanfaatkan pemulihan pasaran pelancongan China, di samping berkongsi strategi pemasaran digital bagi membantu perusahaan tempatan memperkukuh daya saing dan menembusi pasaran pengguna China.
Program anjuran Xiaohongshu Business dengan kerjasama Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC), UFRIEND MEDIA dan TOURPLUS TECHNOLOGY itu memberi tumpuan kepada trend pelancongan keluar China, pemasaran kandungan digital serta peluang kerjasama antara perusahaan Malaysia dengan platform digital China.
Siri yang memulakan jelajahnya di di Kuala Lumpur, 27 Jun lalu itu diadakan dengan sokongan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan berjaya menghimpunkan kira-kira 150 hingga 200 wakil syarikat daripada sektor pembuatan, peruncitan, perkhidmatan dan industri lain.
Wakil MDEC berkongsi perkembangan ekonomi digital negara, manakala Ketua Serantau Xiaohongshu Commercial Cross-border Asia & Middle East, Dodo Kwong, menjelaskan bagaimana ekosistem komersial Xiaohongshu dapat membantu jenama Malaysia dan ASEAN menjangkau pengguna sasaran.
Di Negeri Sembilan, sesi perkongsian diteruskan dengan memberi fokus kepada industri pelancongan dan memfokuskan kepada perubahan corak pelancongan keluar rakyat China yang kini semakin bergantung kepada platform kandungan digital untuk mendapatkan maklumat mengenai destinasi, penginapan dan makanan sebelum membuat keputusan perjalanan.
Sementara itu, sesi di Melaka menghimpunkan pengusaha hotel, wakil lokasi pelancongan dan pengusaha restoran bagi meneroka peluang promosi pelancongan menerusi kempen “Discover Melaka on Xiaohongshu”, selain membincangkan trend penggunaan pelancong China serta model penyebaran kandungan organik yang dijana pengguna.
Menurut penganjur, ketiga-tiga sesi itu melengkapkan satu rangka kerja yang merangkumi analisis trend pasaran, pembangunan pelancongan budaya dan pemadanan perniagaan, sekali gus membantu perusahaan tempatan menyesuaikan strategi mereka dengan perubahan permintaan pengguna China.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








