Berita Semasa

Ismail Sabri tinjau persiapan Deepavali di Little India

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa berkunjung ke Little India, Brickfields bagi meninjau persiapan sambutan Hari Deepavali yang akan disambut oleh komuniti Hindu di seluruh negara esok.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan dan pemilik kedai Bollywood iaitu Datuk Mohammad Rafi.

Beliau meluangkan masa kira-kira sejam melawat kedai menjual pakaian Bollywood dan Raaji Silk Palace di Little India.

“Setiap kali musim perayaan Hari Deepavali, saya pasti akan berkunjung ke Little India bagi melihat sendiri kemeriahan dan persiapan sambutan Deepavali yang akan disambut esok.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat Hari Deepavali kepada seluruh komuniti Hindu di seluruh negara. Raikan Deepavali dengan penuh kegembiraan bersama keluarga tercinta,” katanya hari ini.

Tambah beliau, pengunjung yang hadir hari ini terdiri daripada pelbagai kaum, melambangkan semangat Keluarga Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button