12 sungai di Kedah, Perak, Pahang dan Sarawak lepasi tahap bahaya
KUALA LUMPUR – Sebanyak dua belas sungai di seluruh negara mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya setakat pukul 8 pagi tadi.
Laman web Info Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, peningkatan paras sungai di Kedah, Perak, Pahang dan Sarawak itu disebabkan fasa peralihan monsun serta hujan lebat.
Di Kedah, dua sungai merekodkan bacaan melebihi paras bahaya, iaitu Sungai Anak Bukit, Taman Aman dan Sungai Anak Bukit, Jambatan TAR, Kota Setar.
Sementara itu, di Perak, tiga sungai mencatatkan situasi sama, iaitu di Sungai Bidor, Changkat Jong, Hilir Perak dan Sungai Perak, Kuala Kenderong serta Sungai Rui di Jambatan Jalan Raya Perak (RHN), Hulu Perak.
Di Pahang pula, peningkatan paras air melebihi tahap bahaya berlaku di Jambatan Chegar Perah (F1), Lipis, manakala di Selangor, di Sungai Bernam, Kampung Sungai Selisek, Hulu Selangor dan Rimba KDR, Sabak Bernam.
Manakala di Sarawak, empat kawasan turut merekodkan paras air melebihi tahap bahaya, iaitu di Muput, Bintulu; Marudi, Miri; Sungai Dausan, Mukah dan Sungai Salim B, Sibu.
Sementara itu, 10 sungai mencatatkan bacaan tahap amaran, dengan tiga sungai di Pahang, iaitu Sungai Triang di Jambatan Keretapi (F1) dan Triang, Bera, serta Sungai Semantan di Jambatan Keretapi Mentakab (F1), Temerloh.
Bacaan tahap sama juga direkodkan di tiga sungai di Kedah, iaitu Sungai Padang Terap, Kepala Batas, Kubang Pasu; Sungai Anak Bukit, Jambatan TAR dan Sungai Kedah, Jambatan Lebuhraya, Kota Star.
Selain itu, Sungai Langat di JPS Sungai Manggis, Kuala Langat; Sungai Kampar, Kampung Baru Kuala Dipang (RHN), Kampar; Sungai Lenik, Ladang Chaah, Batu Pahat dan Sungai Salim B, Sibu.