Berita SemasaSukan

CR7 menang RM49.4 juta daripada Juventus oleh mahkamah timbang tara

TURIN – Juventus diperintahkan untuk membayar bekas pemain mereka, Cristiano Ronaldo, €9.7 juta (RM49.4 juta) bersama gaji faedah yang tertunggak oleh Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC), selepas bekas pemain mereka itu menang kes di mahkamah timbang tara.

Bekas penyerang Manchester United itu pernah beraksi untuk kelab Itali tersebut pada 2018 hingga 2021 telah bersetuju untuk menangguhkan gajinya pada musim 2020-2021, apabila berlaku  pandemik Covid-19 yang telah menghentikan aktiviti bola sepak di seluruh dunia.

Katanya, Ronaldo bersetuju untuk menangguhkan sebahagian daripada gajinya dalam satu perjanjian dengan Juventus, tetapi beliau tidak dibayar balik dengan jumlah yang telah dipersetujui.

Dalam pada itu, beberapa pemain Juventus bersetuju untuk menangguhkan empat bulan gaji mereka pada Mac 2020 dan April 2021 kerana kelab sedang menghadapi masalah kewangan ketika wabak Covid-19.

Penyerang berusia 39 tahun itu pada awalnya mendakwa Juventus berhutang dengannya €19.5 juta (RM99.1 juta), tetapi FIGC memutuskan dakwaan oleh Juventus terdapat kesalahan dalam rundingan kontrak dengan bintang Portugal itu.

Katanya, kelab Itali itu telah diperintahkan untuk membuat pembayaran €9.7 juta (RM49.4 juta) disebabkan oleh liabiliti pra-kontrak mereka yang berpunca daripada kegagalan rundingan dengan pemain tersebut.

FIGC memutuskan jumlah yang perlu dibayar oleh Juventus yang akan diterima Ronaldo sebanyak €9.7 juta (RM49.4 juta) ditambah dengan beberapa gaji faedah dan selepas cukai serta potongan kos-kos lain.

Terdahulu, Ronaldo menyertai Juventus dari Real Madrid pada tahun 2018 dan telah menjaringkan sebanyak 101 gol dalam 134 penampilan untuk kelab tersebut serta memenangi lima trofi domestik termasuk juara Serie A pada tahun 2019 dan 2020.

Pemain bintang Portugal itu, kini beraksi untuk kelab Arab Saudi Al Nassr setelah meninggalkan Manchester United pada tahun 2022.

Show More

Related Articles

Back to top button