Automatif & TeknologiBerita SemasaBisnes & Ekonomi

Malaysia catat prestasi baik dalam Laporan Inovasi Global

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pencapaian Malaysia kini terus kukuh dalam inovasi global berdasarkan Laporan Global Innovation Index (GII) 2023.

Beliau berkata, Malaysia kekal di tangga ke-36 daripada 132 buah negara dengan peningkatan skor keseluruhan kepada 40.9 berbanding 38.7 pada tahun 2022.

“Kedudukan ini mengukuhkan lagi status Malaysia sebagai negara ke-2 paling inovatif dalam kalangan 36 negara berpendapatan menengah tinggi, selepas China, dalam konteks ASEAN, Malaysia juga terus berada di tempat kedua,” katanya ketika berucap merasmikan MYC Summit 2024, di sini hari ini.

Anwar turut memuji usaha yang dilaksanakan oleh agensi seperti Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), terutamanya melalui program National Technology and Innovation Sandbox (NTIS).

“Dalam tempoh tiga tahun sejak diperkenalkan, NTIS telah berjaya mengkomersialkan 32 produk dan penyelesaian, menjana hasil jualan sebanyak RM88.4 juta, menubuhkan 13 tapak sandbox, dan mewujudkan 62 rakan kongsi rangkaian inovasi,” katanya lagi.

Anwar turut menekankan inisiatif yang diambil oleh kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk menyokong syarikat permulaan atau ‘startups’ tempatan yang bertujuan memupuk persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan syarikat-syarikat ini.

“Hasil daripada usaha ini, Kuala Lumpur kini ditempatkan dalam kalangan 30 ekosistem teratas di dunia dalam kategori ekosistem membangun, menurut Laporan Ekosistem Startup Global (GSER) 2024.

“Dari 1 Julai 2021 hingga 31 Disember 2023, ekosistem permulaan Kuala Lumpur telah menjana Nilai Ekosistem melebihi RM220 bilion (USD47 bilion),” katanya lagi.

Anwar berkata, pencapaian itu membuktikan komitmen kerajaan untuk terus menyokong inovasi dan pembangunan teknol0ogi di negara ini.

Show More

Related Articles

Back to top button