Berita Semasa

KKD terima aduan kandungan berkait Palestin digugur dari TikTok

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengakui pihaknya menerima aduan mengenai ada kandungan berkaitan isu Palestin dikenakan tindakan di aplikasi Tik Tok.

Beliau berkata, selepas menerima pelbagai aduan daripada orang ramai, perkara itu telah pun diajukan kepada TikTok Malaysia namun tidak mendapat jawapan yang memuaskan.

“Saya lihat ada pengguna di TikTok yang membangkitkan isu ini apabila ada kandungan mereka dikenakan tindakan garis panduan komuniti dan diturunkan kerana mempunyai perkataan Hamas dan yang lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas himpunan Freedom For Palestine di Dataran Merdeka hari ini.

Sehubungan itu katanya, kementeriannya akan berhubung dengan Kementerian Luar untuk mendapatkan panduan mengenai tersebut.

TikTok baru-baru ini dilapor bertindak tegas terhadap kandungan-kandungan berkaitan konflik Israel-Palestin dengan mengenakan amaran serta menyah-aktifkan akaun yang memuatnaik kandungan seumpama itu.

 

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button