Luar Negara

Muhammad Yunus ketuai kerajaan peralihan Bangladesh

DHAKA – Pemenang Hadiah Keamanan Nobel dari Bangladesh, Muhammad Yunus akan dilantik mengetuai kerajaan peralihan negara itu susulan peletakan jawatan bekas perdana menteri, Sheikh Hasina.

Menurut agensi Anadolu, keputusan itu diumumkan oleh setiausaha akhbar presiden, Joynal Abedin.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat yang melibatkan Presiden Mohammad Shahabuddin, ketua angkatan tentera dan pemimpin Gerakan Pelajar Antidiskriminasi Bangladesh, petang semalam.

Pelantikan Muhammad Yunus merupakan antara salah satu syarat yang diletakkan oleh kumpulan pelajar yang terlibat dalam gerakan protes anti-kerajaan.

Beliau yang mengasaskan Bank Grameen dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 2006 di atas sumbangannya dalam bidang pembiayaan mikro kepada golongan miskin di negara berkenaan.

Dalam mesyuarat sama, Shahabuddin turut membubarkan Parlimen dan memecat Ketua Polis Negara.

Show More

Related Articles

Back to top button