Luar Negara

Wang pelaburan RM54 juta Usain Bolt lesap dari akaun

JAMAICA – Nasib malang menimpa Raja Pecut Dunia, Usain Bolt apabila wang pelaburannya berjumlah lebih RM54 juta (AS$12.7 juta) lesap dari akaun yang dilabur dengan sebuah firma swasta.

Menurut Associated Press (AP), wang simpanan Bolt kini hanya tinggal sekitar RM51,000.

Peguam Bolt, Linton P Gordon berkata, pihaknya telah menghantar surat perintah kepada Stock & Securities supaya memulangkan semula wang terbabit.

“Jika ini benar (namun kami harapkan tidak), ia adalah satu penipuan yang serius terhadap anak guam kami,” katanya dalam satu surat kepada AP.

Selain itu, pihak polis negara itu juga dilaporkan sudah memulakan siasatan terhadap kejadian itu.

Stock & Securities bagaimanapun masih tidak memberi jawapan kepada peguam Bolt sebaliknya mengarahkan pelanggan mengusulkan sebarang persoalan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Kewangan Jamaica yang merupakan pihak berkuasa melakukan siasatan.

Menurut kenyataan syarikat itu di laman webnya, terdapat beberapa kes penipuan melibatkan pelanggannya dengan jumlah kerugian mencecah jutaan dolar.

Show More

Related Articles

Back to top button